background

Sunday, 13 January 2013

Kolagen



APA ITU COLLAGEN

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..

Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

FUNGSI COLAGEN

v  Menghasilkan asid amino penting seperti :
v  lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
v  hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
v  alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
v  arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
v  mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
v  melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
v  menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
v  menampung air dalam tubuh.
v  meningkatkan penyerapan kalsium.
v  menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
v  meningkatkan isyarat induksi
v  menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


    KESAN COLLAGEN KE ATAS TUBUH

v  memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
v  memelihara kelembapan kulit
v  menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
v  menguatkan otot dan tulang
v  membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
v  memelihara kelenturan sendi
v  mengurangkan keradangan(inflammation)
v  memberi tenaga
v  membantu pola tidur
v  memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


KESAN KEKURANGAN COLLAGEN KE ATAS BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kuli


No comments:

Post a Comment